• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Data Peribadi ini ("Notis") menerangkan bagaimana Skrine (satu perkongsian yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dengan alamat perniagaannya di Unit No. 50-8-1, Tingkat 8, Wisma UOA Damansara, 50, Jalan Dungun, Damasara Heights, 50490 Kuala Lumpur) menggunakan Data Peribadi anda.

Dengan melantik Skrine untuk menyediakan perkhidmatan atau dengan berhubung dengan Skrine sama ada di acara, persidangan, seminar, ceramah atau sebaliknya, atau dengan menggunakan laman web Skrine http://www.skrine.com ("Laman Web"), anda bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh Skrine dan semua orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan oleh Skrine.

Jika berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Skrine berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemaskinikan di Laman web. Dengan terus berkomunikasi dengan Skrine atau dengan terus menggunakan perkhidmatan Skrine berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini ia hendaklah dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut. 

Pengutipan Data Peribadi

  1. Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda yang anda telah diberikan kepada Skrine, seperti nama, alamat, nombor telefon, No KP, alamat e-mel, rujukan peribadi anda, butir-butir pasangan atau ahli-ahli keluarga anda dan maklumat bank akaun dan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan atau ahli-ahli keluarga anda yang telah atau akan dikutip, disimpan, digunakan dan diproses oleh Skrine dari semasa ke semasa.
  2. Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang anda berikan kepada Skrine secara langsung (iaitu semasa anda berkomunikasi dengan Skrine dan/atau apabila anda melantik Skrine untuk memberi perkhidmatan), Skrine juga mungkin mengutip Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang acara, persidangan, seminar atau ceramah yang diatur atau ditaja oleh Skrine dan/atau daripada cookies yang digunakan di Laman Web.
  3. Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak berikan Data Peribadi anda, Skrine tidak mungkin dapat i) berkomunikasi dengan anda; ii) menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan atau (iii) mengakses seksyen tertentu pada Laman Web di mana log masuk dikehendaki.
  4. Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikutip melalui cookies di Laman web, anda boleh menyahaktifkan cookies dengan mengikut langkah-langkah di http://www.skrine.com/steps-deactivate-cookies.

Tujuan Pemprosesan

  1. Skrine boleh menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berkaitan dengan perkhidmatan yang anda minta dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan Skrine yang termasuk, tanpa had:-
    • Untuk berkomunikasi dengan anda;
    • Untuk menjawab soalan-soalan dan ulasan daripada anda;
    • Untuk tujuan pentadbiran dalaman;
    • Untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan, termasuk pendedahan kepada Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia maklumat anda seperti yang dikehendaki menurut Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan peraturan-peraturan sekiranya terdapat apa-apa wang yang tidak dituntut oleh anda;
    • Untuk Skrine mematuhi obligasinya di bawah undang-undang.

    dan anda bersetuju dan mengizinkan Skrine untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda menurut cara sebagaimana yang dikenalpastikan dalam Notis ini.

Tujuan lain

  1. Skrine boleh juga menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti:-
    • Untuk menghantar bahan-bahan kepada anda seperti surat berita, artikel, penulisan serta pengemaskinian yang lain;
    • Untuk mengedar maklumat atau butir-butir acara, seminar, persidangan dan ceramah yang mungkin anda minati;
    • Untuk menghantar sebagai perujuk berpotensi kepada (i) (i) editor/penyelidik di penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf; (ii) (ii) pelanggan-pelanggan berpotensi yang meminta perujuk untuk kerja terdahulu dalam Permohonan untuk Cadangan, tender, penyerahan;

    melalui e-mel atau mel.

  2. Jika anda tidak bersetuju dengan Skrine memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 6, sila maklum kepada Skrine dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan dalam Seksyen 8 di bawah.

Pemindahan Data Peribadi

  1. Oleh sebab kemudahan simpanan teknologi maklumat dan pelayan mungkin terletak dalam bidang kuasa lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia. Selanjutnya, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan sebagaimana yang diperihalkan dalam Seksyen 6(c) di mana penerbitan dan jurnal undang-undang bertaraf dan/atau pelanggan-pelanggan berpotensi berada di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju untuk pemindahan Data Peribadi anda keluar dari Malaysia sebagaimana yang diperihalkan di sini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

  1. Skrine boleh melantik syarikat-syarikat, penyedia-penyedia perkhidmatan atau individu-individu lain untuk melaksanakan fungsi bagi pihak Skrine, dan sebagai akibat boleh menyediakan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga sebagaimana yang disenaraikan di bawah (tidak terhad):
    1. Penyedia-penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT);
    2. Penyedia-penyedia perkhidmatan kemasukan data;
    3. Penyedia-penyedia kemudahan simpanan;
    4. Bank dan institusi kewangan;
    5. Penyedia-penyedia insurans;
    6. Sebarang penasihat profesional dan juruaudit luar;
    7. Pihak berkuasa kawal selia dan kerajaan bagi mematuhi syarat-syarat di bawah undang-undang dan kerajaan, termasuk kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 di atas.

 Akses & Permohonan Pembetulan dan Pertanyaan

  1. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang diguna pakai, anda boleh pada bila-bila masa selepas ini memohon akses kepada, atau untuk pembaikan dan pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda, atau memohon maklumat lanjutdaripada Skrine dengan menghubungi:-

    Ketua Pegawai Operasi dan Pentadbiran
    Unit No. 50-8-1, 8th Floor, Wisma UOA Damansara,
    50, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur
    Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
    Telephone No.: +603 2081 3999 Facsimile No.: +603 2094 3211

  2. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Skrine berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan pada Data Peribadi anda atas alasan-alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti apabila pemberian akses kepada adalah tidak seimbang dengan risiko kepada privasi anda.
 
ACCOLADES & AWARDS

Skrine Retains Who’s Who Legal Accolade for Malaysia

On 15th May 2017, the Who’s Who Global Awards was held in London, United Kingdom and Skrine was conferred the Award:

Malaysia Law Firm of the Year 2017

Skrine previously received this Award in 2013, 2014, 2015 and 2016.

>> READ MORE

SKRINE Clinches Top Honours at ALB Malaysia Law Awards 2017

On 6th April 2017, the Asian Legal Business Malaysia Law Awards was held and SKRINE was named

Malaysia Law Firm of the Year 2017

SKRINE also bagged 5 other awards

>> READ MORE

Asialaw Profiles 2017

The Asialaw Profiles has ranked Skrine as Outstanding Firm and particularly highlighting the following practice areas:

Outstanding Firm

  • Competition & Antitrust
  • Corporate/M&A
  • Dispute Resolution
  • Energy & Natural Resources
  • Intellectual Property
  • IT, Telco & Media
  • Project & Infrastructure

>> READ MORE

PDPA NOTICE

English | Bahasa Malaysia